Modul Intervensi chance2act

Kami menyediakan maklumat kesihatan yang on-point & komprehensif berkaitan obesiti dan diabetes

Obesiti dan diabetes berkait rapat.Tambah pengetahuan anda mengenai masalah obesiti dan diabetes melalui pendidikan kesihatan yang menarik dan berstruktur. Kami akan membantu anda untuk memahami masalah obesiti yang anda hidapi. Bantu kami untuk bantu anda mencapai menurunan berat badan secara berkekalan!

Setiap maklumbalas anda akan diteliti oleh doktor kami.

Peserta akan menggunakan laman web ini untuk berinteraksi dengan doktor secara langsung. Pesakit tidak perlu menunggu 3 – 4 untuk tarikh temujanji seterusnya bagi mendapatkan maklumbalas doktor!

Kami mengutamakan peranan keluarga dalam menangani obesiti.

Sukar untuk mengubah diet di rumah? Hanya anda berubah, sedangkan ahli keluarga lain enak menikmati juadah harian. Kami akan mendekati keluarga anda bagi memastikan proses penurunan berat badan yang berjaya.

Kami menawarkan khidmat nasihat secara individu. Fokus utama adalah perubahan tingkah laku, supaya penurunan berat badan berjaya dikekalkan.

Kenapa anda masih belum menurunkan berat badan? Kekangan masa? Masalah kesihatan? Kenali faktor penghalang anda untuk menurunkan berat badan. Atasi penghalang anda dengan bijak!