modul 4

Dalam modul ini, anda akan…

•Nilai perubahan anda dengan “Senarai Semak Mingguan Saya”

•Ikuti kisah Siti. Ketahui cabaran untuk menurunkan berat badan dan atasi dengan bijak.

menetapkan dan menilai matlamat 

Secara kebiasaan, apabila seseorang nekad untuk menurunkan berat badan, mereka mengharapkan kadar penurunan berat badan yang banyak dan mendadak. Namun, hakikatnya, individu yang mengalami penurunan berat badan secara beransur-ansur (kira-kira 0.5kg hingga 1 kg seminggu) lebih cenderung untuk mengekalkan penurunan berat badan.

Saranan penetapan matlamat perubahan tingkah laku dan penurunan berat badan adalah melalui dua bentuk:

Senarai Semak Mingguan Saya 

Anda perlu memuat turun contoh senarai semak sebagai panduan untuk menilai perubahan gaya hidup yang telah berjaya dijalankan.

Senarai semak disarankan untuk dilengkapkan secara harian bagi memantau perubahan gaya hidup yang telah dijalankan.

Perbandingan secara mingguan membolehkan peserta menilai usaha yang telah dijalankan dalam tempoh masa yang panjang.

senarai semak mingguan saya

contoh:

Tekan butang dibawah untuk muat turun senarai semak mingguan saya

Cabaran mengekalkan perubahan tingkah laku bagi menurunkan berat badan

Mengekalkan penurunan berat badan secara konsisten adalah proses yang panjang dan mencabar.

Bagi individu yang mengalami ketagihan rokok, mereka diklasifikasikan sebagai berjaya berhenti merokok sekiranya berjaya berhenti selama 6 bulan dan ke atas ke atas. Keadaannya berbeza bagi masalah obesiti. Ketagihan serta keinginan makan makanan manis dan berlemak tinggi dan enggan bersenam perlu dikekang untuk sepanjang hayat bagi mengatasi masalah ini.

Sepanjang proses penurunan berat badan, cabaran akan hadir dari segenap penjuru. Tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan.

Kenali cabaran supaya lebih bersedia menghadapinya dengan bijak. Maafkan diri sendiri sekiranya terkandas. Lekas kembali ke landasan, supaya tidak tersesat kepada tabiat lama yang menyebabkan berat badan kembali meningkat.

Menonton video animasi "Cabaran untuk menurunkan berat badan"

Anda perlu menonton video animasi bagi memahami cabaran yang bakal dihadapi sepanjang proses penurunan berat badan. 

ATASI CABARAN DENGAN YAKIN

Cabaran semasa proses penurunan berat badan adalah berbeza bagi setiap individu. Anda perlu mengenali cabaran semasa proses penurunan berat badan. Seterusnya, binalah keyakinan untuk membantu anda mengawal diri dan situasi supaya berjaya berada di fasa pengekalan. 

Menonton video animasi "Yakin untuk atasi cabaran"

Anda boleh menonton video animasi bagi menghadapi cabaran yang berjaya untuk kekal menurunkan berat badan.

TESTIMONI PENURUNAN BERAT BADAN 

Pengambilan ubat-ubatan adalah penting untuk mengawal penyakit diabetes. Namun, kajian sudah membuktikan, penurunan berat badan melebihi 10kg boleh mengawal diabetes walaupun tanpa pengambilan ubat.

Hal ini sepatutnya memberikan harapan yang cerah untuk anda berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kesihatan yang lebih baik. Namun begitu, usaha menurunkan berat badan perlu dipantau oleh kakitangan kesihatan supaya modifikasi rawatan dapat dibuat selaras dengan kadar penurunan berat badan anda.

Menonton video testimoni "Saya boleh, anda pun boleh!" 

Anda perlu menonton video testimoni pesakit diabetes yang telah berjaya menurunkan berat badan. 

PERKHIDMATAN SOKONGAN PENGURUSAN BERAT BADAN DI KLINIK KESIHATAN 

Teknik pemakanan dan perubahan aktiviti fizikal perlu dilakukan dengan cara yang betul supaya tidak menjejaskan kesihatan.

Sesi kaunseling lanjutan akan memberi pelbagai maklumat dan ilmu bagi membantu proses penurunan berat badan yang sedang dijalani.

Sila klik butang dibawah jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan pengurusan berat badan di klinik kesihatan.