modul 3
Dalam modul ini, anda akan…
•Belajar mengenai teknik pemakanan dan aktiviti fizikal yang betul untuk menurunkan berat badan (khusus untuk pesakit diabetes)
•Membina suasana sihat dirumah melalui “Pelan keluarga ideal, bebas obesiti”
•Jom, dengar kisah Kak Pah! Turunkan berat cara sihat.
amalan diet berkesan untuk turunkan berat badan!
Cara pemakanan yang betul dan seimbang adalah antara kunci utama dalam menurunkan berat badan.
Antara tanggapan tidak tepat tentang teknik pemakanan untuk menurunkan berat badan ialah:
Nak turunkan berat perlu pantang makanan berkarbohidrat.
Berlapar dan langkau waktu makan boleh kurangkan pengambilan kalori.
Makan snek di antara waktu makan utama (e.g. minum pagi atau minum petang) boleh menggemukkan.
Untuk mencapai penurunan berat badan yang berkekalan, perubahan pola pemakanan perlu realistik dan sesuai dengan budaya hidup seharian.
Ketahui 3J untuk mengubah pola pemakanan anda supaya diet anda berkesan untuk turunkan berat badan!
memperkasakan pengetahuan melalui infografik
Anda perlu membaca infografik bertajuk "Ketahui 3J" yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara pemakanan yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Kalori ialah tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh.
Berat badan anda akan ditentukan oleh keseimbangan antara kalori yang anda ambil berbanding jumlah kalori yang dibakar untuk aktiviti seharian.
Jumlah kalori makanan dikira daripada tiga nutrien utama yang terkandung dalam makanan iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
Keperluan kalori untuk setiap individu adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor:
Umur
Jantina
Aktiviti fizikal
Keperluan kalori dapat diketahui dengan lebih tepat melalui sesi konsultasi bersama-sama pegawai pemakanan atau dietetik anda.
jadikan menu keluarga anda lebih sihat
Modifikasi corak pemakanan juga perlu dijalankan dalam konteks keluarga untuk membantu seseorang individu kekal dengan corak pemakanan yang lebih sihat.
Pemerkasaan ahli keluarga terdekat adalah amat penting bagi memastikan mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang perubahan terhadap menu-menu yang bakal dinikmati di rumah bagi membantu peserta memiliki berat badan yang lebih sihat.
Bagi menurunkan berat badan, peserta perlu mengurangkan pengambilan kalori. Modul ini akan memberi penekanan kepada:
Pemilihan jenis masakan yang mengandungi kalori yang lebih rendah.
Makanan padat kalori yang perlu dikawal pengambilannya dengan lebih ketat.
Memperkasakan pengetahuan ahli keluarga melalui infografik
Anda perlu membaca infografik bertajuk "Ketahui 2M" yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara pemakanan yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. Infografik ini akan boleh dimuat turun untuk dikongsikan bersama-sama ahli keluarga.