modul 3
lazimi aktiviti fizikalbersama-sama keluarga
Bergerak aktif secara fizikal adalah salah satu langkah terpenting untuk menjadi lebih sihat. Aktiviti fizikal akan memberikan pelbagai manfaat kepada pesakit diabetes.
Namun, senaman perlu dilakukan berpandukan cara yang betul untuk mengelakkan komplikasi.
Aktiviti fizikal yang dilakukan bersama-sama keluarga boleh membantu pesakit diabetes menurunkan berat badan di samping menjadi peneman sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Memperkasakan pengetahuan peserta mengenai aktiviti fizikal melalui infografik
Anda diminta membaca infografik Aktiviti Fizikal. Infografik ini akan boleh di muat turun untuk dikongsikan bersama ahli keluarga.
Jumlah denyutan nadi boleh dijadikan ukuran bagi menentukan keberkesanan sesuatu aktiviti fizikal ataupun senaman untuk mula membakar lemak.
Jadi, tidak semua aktiviti fizikal seperti melakukan kerja rumah dapat menaikkan denyutan nadi anda. Jika mahu menjadikan kerja rumah sebagai senaman, diperlu lakukan dengan intensiti lebih tinggi.
Contohnya:
Mop lantai hari-hari. Sambil mop lantai, goyang badan dan kaki seperti sedang menari.
membina keluarga ideal, bebas obesiti
Dalam mengubah tingkah laku gaya hidup, mempunyai pelan yang jelas adalah sangat penting terutamanya dalam konteks keluarga.
Pelan ini akan menjadi panduan keluarga untuk mengetahui bila, apa dan berapa banyak yang perlu dimakan dan apa aktiviti yang perlu dilakukan untuk membakar kalori yang telah diambil.
Pelan berasaskan keluarga yang baik perlu:
Mempertimbangkan matlamat penurunan berat badan anda.
Mengubah tingkah laku keluarga anda di samping mengambil kira cita rasa dan gaya hidup seisi keluarga.
Melibatkan ahli keluarga untuk bersama-sama memilih menu keluarga dan corak aktiviti yang bersesuaian serta disukai oleh keluarga.
Memberikan peluang untuk ahli keluarga memilih menu serta aktiviti melalui sistem giliran yang tertentu.
Bersesuaian dengan tahap kesihatan anda dan ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Membina "Pelan Keluarga Ideal, Bebas Obesiti"
Anda dan ahli keluarga akan dibekalkan dengan lembaran kerja untuk memudahkan anda merancang menu sihat pilihan keluarga serta aktiviti fizikal yang bakal dijalankan secara mingguan.
Contoh:
Tekan butang di bawah untuk muat turun Pelan Keluarga Ideal, Bebas Obesiti
Menonton video testimoni "Saya boleh, anda pun boleh!"
Anda perlu menonton video testimoni pesakit diabetes yang telah berjaya menurunkan berat badan.