modul 1

Dalam modul ini, anda akan…

•Menilai tahap obesiti anda

•Menonton video “Diabetes, obesiti dan anda”

•Menilai pengetahuan melalui kuiz kesihatan

•Membaca komik kesihatan – “Saya masih tidak berubah kerana saya…”

saya obes ke?

Terdapat ramai individu yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai masalah berat badan berlebihan. Jadi, mereka tidak tahu keperluan untuk berubah. Mengetahui status berat badan, serta membetulkan kesilapan berkenaan persepsi status berat badan adalah amat penting bagi memberikan kesedaran untuk setiap individu memulakan langkah pertama untuk bertindak menurunkan berat badan. Status berat badan boleh di ukur menggunakan indeks jisim tubuh (Body Mass Index, BMI) atau ukur lilit pinggang. 

Anda diminta jawab beberapa soalan berikut dengan jujur

Anda perlu memasukkan berat badan dan tinggi anda ke BMI Kalkulator

Berdasarkan bacaan pada kalkulator bmi, sila semak status bmi anda.

Anda perlu menilai status berat badan

Semak persepsi anda:

Berdasarkan jawapan anda di atas, anda boleh menilai sama ada persepsi berat badan anda tepat ataupun tidak.

Tahukah anda, kira-kira 50% daripada pesakit diabetes mempunyai tanggapan yang tidak tepat mengenai status berat badan mereka? Sebahagian besar daripada mereka sebenarnya mempunyai tahap BMI yang lebih tinggi berbanding bacaan BMI yang sebenar.

Sekiranya, anda mempunyai tanggapan yang salah berkaitan masalah berat badan, besar kemungkinan anda tidak sedar bahawa anda perlu menurunkan berat badan. Hal ini amat penting bagi mengurangkan risiko komplikasi diabetes anda.

obesiti dan diabetes

Obesiti dan diabetes adalah penyakit yang berkait rapat antara satu sama lain. Pemerkasaan pengetahuan berkaitan obesiti dan diabetes adalah sangat penting bagi membantu pesakit mempunyai penjagaan diri yang optimum setiap hari.

Maklumat penting yang perlu diketahui oleh pesakit diabetes dan obesiti ialah:


Menonton video dan menjawab kuiz kesihatan

Anda perlu menonton video animasi untuk memperkasakan pengetahuan mereka berkaitan diabetes dan obesiti.

Bagi menilai kefahaman anda selepas menonton video, anda perlu menjawab kuiz kesihatan berkaitan maklumat yang telah disampaikan di dalam video tersebut.

video Obesiti, diabetes dan anda