modul 1
apakah musuh utama untuk anda berubah?
Terdapat pelbagai masalah berkaitan tingkah laku yang menjadi faktor penghalang untuk setiap individu mula bertindak untuk menurunkan berat badan.
Faktor-faktor ini mungkin berkait antara satu sama lain. Sebab utama seseorang masih belum berubah boleh dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu:
Saya tidak boleh berubah
Saya enggan berubah
Saya tidak tahu bagaimana nak berubah
Saya tidak tahu apa yang perlu diubah
mengenalpasti faktor penghalang untuk peserta berubah:
Anda perlu membaca situasi-situasi yang menjadi penghalang untuk anda mula bertindak menurunkan berat badan.
Pada akhir submodul ini, anda diminta memilih halangan yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama belum bersedia untuk berubah.
terdapat beberapa sebab utama seseorang individu tidak berubah
Saya masih tidak berubah kerana saya...
Klik pada gambar di bawah untuk membaca situasi-situasi yang menjadi penghalang untuk anda mula bertindak menurunkan berat badan.