masalah kesihatan dan menurunkan berat badan
Apabila menghidap diabetes dan obesiti, proses mengawal dan menurunkan berat badan menjadi semakin mencabar.
Cabaran & kebimbangan:
Sakit-sakit sendi (lutut, tumit dan tapak kaki)
Serangan hipoglisemia
Kebas-kebas kaki
Masalah kesihatan sering menjadi kebimbangan seseorang untuk mula berubah. Atau, adakah masalah ini hanya dijadikan alasan untuk anda tidak mampu berubah?
genetik dan berat badan
Ya. Faktor genetik mungkin memainkan peranan yang menyebabkan obesiti.
Faktor ini tidak boleh diubah.
Namun, masalah gaya hidup tidak sihat juga bermula dari keluarga.
Adakah keluarga anda kurang bersenam, gemar mengambil snek kurang sihat sambil menonton tv atau kerap makan makanan segera?
Hal ini bukan masalah genetik, tetapi masalah tingkah laku gaya hidup yang telah berakar umbi dalam keluarga.
menafikan masalah berat badan
Bagaimana untuk mengubah diri, sekiranya anda tidak sedar tentang masalah berat badan yang dihadapi?
Seseorang tidak boleh mengubah diri dalam aspek yang tidak disedari olehnya, atau masalah yang mereka sendiri nafi.
Ini menyebabkan seseorang tidak boleh berubah!
bebanan pembelanjaan dan penurunan berat badan
Individu yang mempunyai kekangan kewangan akan mempunyai kuasa membeli yang lebih terhad.
Manakala, individu yang berpendapatan lebih tinggi mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat dan bernutrisi tinggi.
Namun, persepsi bahawa menu sihat memerlukan kos tambahan sering menjadi penghalang untuk seseorang mula bertindak bagi menurunkan berat badan.
tuntutan kerjaya dan penurunan berat badan
Kesibukan bekerja.
Individu yang mengalami masalah obesiti berasakan mereka mempunyai kekangan masa disebabkan waktu kerja dan perjalanan berulang alik yang panjang. Kekangan masa menyebabkan seseorang:
tiada masa untuk membuat aktiviti fizikal dan senaman.
tiada masa untuk menyediakan menu sihat untuk membantu menurunkan berat badan.
makan secara tidak teratur, melangkau waktu makan utama.
Sifat kerja yang kurang beraktiviti.
Sesetengah jenis pekerjaan boleh menyebabkan anda kurang mempunyai peluang untuk bergerak aktif.
keyakinan diri dan penurunan berat badan
Sekiranya anda yakin bahawa anda tidak boleh berubah, maka anda tidak akan berubah!!!
Keyakinan diri memainkan peranan penting untuk mengubah tingkah laku ke arah yang lebih sihat. Keyakinan diri untuk menurunkan berat badan hadir dalam pelbagai bentuk.
Yakin untuk mengawal nafsu makan ketika jamuan, yakin untuk menolak pelawaan tambahan nasi, serta yakin untuk mengawal pemakanan ketika stres, sedih atau bosan.