makan dan kegembiraan

Bila stres, makan.... 

Bila sedih, pun makan.... 

Kalau kawal diet nanti makin stres? 

Ya. Makan boleh meredakan pelbagai emosi negatif seperti stres, marah, bosan dan sedih. 

Sesetengah individu enggan berubah kerana menganggap makan memberikan kegembiraan dan meredakan emosi negatif. 

rasa terpaksa

Anda mungkin enggan turunkan berat badan kerana rasa terpaksa apabila disuruh oleh pasangan, doktor atau majikan.

Mereka mungkin menggesa anda untuk sertai program pengurusan berat badan.

Anda berasa tertekan kerana rasa terpaksa untuk berubah.

Perasaan keterpaksaan boleh menyebabkan anda ingin memberontak atau semakin enggan untuk berubah.