sering gagal
Terdapat banyak rawatan dan program pengurusan berat badan yang ditawarkan.
Malangnya, ramai peserta gagal mengikuti program tersebut dan berat badan kembali meningkat.
Mereka sukar untuk menghentikan tabiat asal yang tidak sihat.
Ramai cuba kembali dengan penuh keazaman untuk menurunkan berat badan, tetapi masih gagal.
Individu yang penuh dengan keazaman ini, akhirnya kecewa dan sedih.
Situasi ini mungkin berlaku kepada anda.
lamanya nak turunkan berat badan
Kebanyakan orang percaya bahawa mereka boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.
Sesetengah peserta program pengurusan berat badan pula percaya bahawa program tersebut dapat mengubah mereka dalam tempoh masa yang pantas.
Sedangkan, masalah berat badan yang dihadapi adalah kronik.
Tabiat tidak sihat telah sebati dalam diri selama bertahun-tahun.
Sekiranya seseorang tidak pasti tempoh masa yang diperlukan untuk berubah dan tidak tahu bagaimana hendak berubah, semakin sukar untuk mereka pulih daripada tabiat tidak sihat kronik yang menyebabkan masalah berat badan yang dihadapi.