Modul 2
Dalam modul ini, anda akan…
•Menerima “Pelan Solusi Pengurusan Tingkah Laku Peribadi Saya”
•Berikrar untuk menurunkan berat badan menggunakan “Borang Aku Janji Untuk Sihat”
•Meningkatkan sokongan keluarga untuk mula menurunkan berat badan
nekad untuk berubah? ini tips untuk kekal bermotivasi
Motivasi yang tinggi adalah antara faktor penentu kejayaan anda dalam menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, bagaimanakah untuk anda mula membina motivasi di dalam diri?
"PERINGATAN"
Anda sepatutnya telah menerima "Pelan Solusi Pengurusan Tingkah Laku Peribadi Saya".
Sila hubungi Pegawai Penyelidik ditalian 016-2579540 sekiranya anda masih belum menerima pelan tersebut.
Sebagai langkah pertama, anda perlu mempunyai sebab yang jelas sebagai faktor pendorong yang akan melengkapi niat anda untuk menurunkan berat badan. Hal ini penting bagi memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi sepanjang proses penurunan berat badan yang mencabar.
Sekiranya anda masih kabur dan kurang jelas, carilah dan kenal pasti faktor pendorong anda. Jadikannya sebagai peringatan dan semangat untuk anda mengekalkan perubahan gaya hidup.
Berikut merupakan faktor-faktor pendorong yang boleh dijadikan sumber motivasi untuk anda mula bertindak menurunkan berat badan:
1) Sebab perubatan
2) Sebab peribadi
3) Sebab keluarga
4) Tuntutan kerjaya dan pekerjaan
5) Tuntutan agama
Kenal pasti faktor pendorong anda
Anda perlu membaca infografik sebagai bimbingan bagi mengenal pasti faktor pendorong untuk mula bertindak untuk menurunkan berat badan. Submodul memberi fokus kepada faktor kesihatan dan risiko komplikasi diabetes sebagai strategi utama untuk membina tahap motivasi anda.
nekad untuk berubah melalui kontrak "aku janji untuk sihat"
Anda perlu membuat aku janji untuk mula berubah. Aku janji ini akan di simpan oleh anda, serta dihantar kepada penyelidik.
Peserta yang telah menghantar aku janji akan dibenarkan untuk meneruskan ke modul seterusnya.