modul 2
TIDAK MUDAH TAPI TIDAK MUSTAHIL
Pentingkah sokongan sosial dalam penurunan berat badan?
Sokongan sosial daripada orang sekeliling memainkan peranan penting untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Kajian lepas mandapati, semakin tinggi sokongan sosial yang diterima, semakin tinggi kadar penurunan berat badan yang akan dicapai oleh seseorang individu.
Sokongan keluarga yang baik boleh membantu anda mempercepatkan kadar penurunan berat badan serta berada pada tahap pengekalan.
Pernahkah situasi ini terjadi kepada anda?
Ketika anda nekad untuk menurunkan berat badan, keluarga anda sedang enak menikmati makanan ringan, manisan dan kuih-muih kegemaran anda.
Anda sedang berusaha mengubah pemakanan, pasangan anda mungkin membawa pulang makanan kegemaran yang anda sedang cuba elakkan.
Mendapatkan sokongan keluarga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sukar untuk seseorang mengubah cara hidup, tatkala ahli keluarga lain tidak mempunyai apa-apa sebab untuk berubah, malahan mereka enggan untuk berubah.
Sukar, tetapi bukan mustahil. Sokongan sosial daripada keluarga boleh hadir dalam pelbagai bentuk.
Bagaimanakah cara mendapatkan sokongan sosial yang diperlukan?
Cara komunikasi yang terbaik ialah berterus terang.
Sekiranya sukar untuk diluahkan, medium elektronik boleh membantu.
Pastikan anda dan ahli keluarga jelas tentang bentuk sokongan yang anda perlukan.
Perkongsian maklumat kesihatan mengenai bentuk sokongan sosial yang diperlukan sepanjang tempoh penurunan berat badan yang amat mencabar.
pakej sihat untuk si dia
Anda perlu:
Membaca infografik "Bentuk-bentuk sokongan sosial keluarga untuk mencapai penurunan berat badan".
Menyenaraikan bentuk-bentuk sokongan sosial yang diperlukan secara jelas dalam "Saya perlukan..." untuk dihantar kepada penyelidik dan ahli keluarga.
Ahli keluarga akan:
Menerima infografik "Bentuk-bentuk sokongan sosial keluarga untuk mencapai penurunan berat badan".
Menerima "Surat terbuka untuk keluarga".
Menerima senarai sokongan sosial "Saya perlukan..." dari peserta.
Menyatakan 3 komitmen utama yang bakal diberikan melalui "Kontrak Keluarga Antiobesiti" dan menghantarnya kepada peserta dan penyelidik.
Lembaran yang telah lengkap akan dimuat naik oleh peserta sebagai tanda telah melengkapkan submodul ini.
mengatasi sokongan sosial yang lemah
Komunikasi yang baik dalam sesebuah keluarga adalah penting untuk untuk meningkatkan sokongan sosial bagi menurunkan berat badan, di samping mewujudkan persekitaran sihat di rumah.
Namun, kadangkala komunikasi menjadi masalah utama dalam sesebuah keluarga. Bagi mengatasi masalah ini, bantuan professional daripada pihak luar mungkin diperlukan.
Berinteraksi melalui sistem aplikasi mesej di laman webÂ
Anda boleh ditawarkan untuk berinteraksi dengan penyelidik melalui aplikasi mesej yang terdapat dalam laman web bagi mendapatkan khidmat konsultasi tambahan. Penyertaan bersama daripada ahli keluarga adalah amat digalakkan.
Fokus utama interaksi adalah untuk:
Membantu anda untuk berkomunikasi secara lebih berkesan dengan ahli keluarga bagi mengukuhkan sokongan sosial untuk menurunkan berat badan.